KUALA KANGSAR, 12 Dis – Kira-kira 500 anggota pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu menyertai Sambutan Hari Melayu Sedunia Kali ke-2 sempena sambutan Maulidur Rasul 1438 di sini hari ini.

hm2

Lengkap berpakaian Melayu, tidak kurang yang mengenakan pakaian hulubalang lengkap bertengkolok serta membawa senjata seperti keris dan panah,  mereka menaiki perahu di Sungai Perak menuju ke jeti Lembah Sayong.
Mereka mendarat di situ sebelum berarak ke Laman Budaya sambil berselawat.

Turut hadir Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong Datuk Mohd Kamil Shafie dan ADUN Bukit Chandan Maslin Sham Razman.

Pengerusi sambutan, Raja Shahriman Raja Azidin berkata program itu diahm3dakan bagi menunjukkan orang Melayu dan umat Islam boleh bersatu untuk membentuk kekuatan.

“Ia juga bagi menunjukkan orang Melayu kaya dengan seni dan budaya selain ilmu serta falsafah,” katanya ketika ditemui pemberita pada program itu.

Katanya, sambutan hari tersebut adalah yang kedua selepas kali pertama diadakan di Shah Alam tahun lalu.