KUALA LUMPUR, 28 Dis – Program sambutan Maulidur Rasul UMNO Bahagian Bukit Bintang yang diadakan di Masjid Al Bukhari Kuala Lumpur ┬ápada 24 Disember yang lalu berjalan lancar dengan dihadiri oleh lebih 500 umat Islam di sekitar kawasan tersebut.

Sambutan Maulidur Rasul UMNO Bahagian Bukit Bintang merupakan acara rutin UMNO Bahagian yang diadakan secara tahunan.

Pada program kali ini, Habib Afeefuddin dijemput khas sebagai penceramah mengingati sirah perjuangan Rasulullah saw dalam usaha dakwahnya menegakkan Islam.

Turut hadir dalam majlis sambutan itu ialah Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafiqie, Timbalan Ketua, Datuk Azim  Zabidi termasuk AJK UMNO Bahagian dan ahli.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dijadualkan hadir pada program tersebut namun terpaksa membatalkan kehadirannya ekoran adik beliau meninggal dunia pada hari tersebut.