BUKIT BINTANG – UMNO Bahagian Bukit Bintang telah menjalankan beberapa program sekitar bulan March ini. Antara program yang dijalankan ialah lawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Dang Wangi Kuala Lumpur bersempena dengan Sambutan Hari Polis pada 24 March yang lalu bagi menghargai jasa anggota polis yang sentiasa bertungkus lumus menjaga keamanan negara.

Manakala sebelum itu, pada 17 March yang lalu, UMNO Bahagian Bukit Bintang mengadakan majlis penyampaian sumbangan bersempena pemindahan 1 Razak Mansion yang bertempat di Dewan Orang Ramai Sungai Besi.

Dalam program yang sama, turut diadakan program penyampaian hadiah bagi pertandingan badminton UMNO Bahagian Bukit Bintang yang disertai oleh ahli-ahli UMNO dan juga masyarakat awam di sekitar Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Azim Zabidi, Naib Ketua UMNO Bahagian, Saudara Zaini Rakimen, Ketua Wanita Bahagian, Datuk Marianny Mohd Yit, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, saudara Jeffrey Zain serta AJK dan ahli-ahli UMNO Bahagian.