BUKIT BINTANG, 5 Jun РBersempena bulan Ramadan Al Mubarak, UMNO Bahagian Bukit Bintang mengadakan program sumbangan masjid dan surau yang berada di dalam kawasan parlimen Bukit Bintang.

Program yang dinamakan Infaq Ramadan ini adalah acara rutin tahunan UMNO Bahagian Bukit Bintang turut melibatkan kerjasama JAWI dan MAWIP setiap kali menjelang bulan Ramadan.

Selain daripada masjid dan surau-surau di sekitar kawasan Parlimen Bukit Bintang, program infaq Ramadan juga turut meliputi agensi-agensi kerajaan seperti PDRM, Bomba, DBKL dan lain-lain lagi.

Selain itu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Dato Zainal Rafique juga turut meluangkan masa melawat bazar moden Jalan Masjid India selepas selesai solat sunat terawih di Masjid India.

Menurut Zainal, selain daripada mengimarah dan menghidupkan bulan Ramadan Al Mubarak ini, program infaq Ramadan ini juga merupakan satu inisiatif UMNO Bahagian untuk merapatkan ukhwah dan silaturrahim sesama umat Islam di kawasan parlimen Bukit Bintang.