KUALA NERUS, 22 Sep – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tindakan pihaknya menahan setiausaha politik, kerani dan pembantu peribadi seorang anggota Parlimen pembangkang di Selangor semalam bermotifkan politik.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata penahanan tiga individu itu dijalankan secara profesional.

“Kita tegaskan di sini penahanan dijalankan secara profesional dan bukan berdasarkan politik kerana SPRM tidak ada masa untuk berpolitik,”katanya mengulas kenyataan Anggota Parlimen Subang daripada Parti Keadilan Rakyat. R. Sivarasa yang mendakwa penahanan tiga kakitangannya itu oleh SPRM semalam bersifat politik.

Dzulkifli ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kemah Keming Tolok Rasuah sempena Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar 2017) di Pantai Teluk Ketapang, di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

SPRM semalam menahan tiga individu tersebut selepas dikatakan terlibat dalam jenayah rasuah…..