Sunday, December 17, 2017
SPRM Dapatkan Maklumat Di Pejabat MBPP Kes Tragedi Tanah Runtuh

SPRM Dapatkan Maklumat Di Pejabat MBPP Kes Tragedi Tanah Runtuh

54

PULAU PINANG 25 Okt. – Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abd. Aziz Aban mengesahkan sekumpulan pegawainya hadir di pejabat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di sini Isnin lalu.

Bagaimanapun, menurut beliau, lawatan itu merupakan proses biasa bagi mendapat maklumat mengenai tragedi tanah runtuh di tapak projek pembinaan Tanjung Bungah di sini Sabtu lalu.

“Tiada serbuan oleh SPRM ke atas MBPP, cuma lawatan biasa bagi mendapat maklum mengenai kejadian itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seramai 11 orang terkorban selepas tertimbus tanah runtuh ketika bekerja di tapak pembinaan di tepi lereng bukit di Tanjung Bungah kira-kira pukul 8.50 pagi.

Mereka yang terdiri daripada seorang warga tempatan dan 10 pekerja asing ketika kejadian sedang menyiapkan bahagian bawah tanah tapak projek bagi pembinaan sebuah rumah mampu milik setinggi 50 tingkat.