BUKIT BINTANG, 10 Nov – UMNO Bukit Bintang bersama parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan program gotong royong pada 4hb November lalu bertempat di Jalan Angsoka, Off Jalan Nagasari Kuala Lumpur bersama-sama penduduk setempat.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique hadir merasmikan program tersebut dan turt serta bergotong royong membersihkan kawasan sekitar bersama penduduk dan sukarelawan yang hadir.

Turut hadir dan terlibat di dalam gotong royong tersebut ialah AJK UMNO Bahagian Bukit Bintang dan juga kepimpinan bahagian parti-parti komponen.