KUALA LUMPUR, 21 Dis – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) membelanjakan RM2.5 juta untuk diagihkan kepada para penerima dalam program ‘Ceria Ke Sekolah’ tahun ini.

Program yang dulunya dikenali sebagai ‘Back To School’ adalah acara tahunan YWP dan tahun ini merupakan tahun ke 10 ia dilaksanakan.

Menurut Pengurus Pembangunan Pendidikan YWP, Zahrullail Abdul Rahman, objektif program ini adalah untuk membantu setiap keluarga yang dikenalpasti agar beban menyediakan kelengkapan persekolahan dapat diringankan.

“Kita sedar, apabila tiba musim buka sekolah ramai yang akam rasa terbeban maka kerana itulah program ini sentiasa diteruskan malah skala peruntukan juga meningkat saban tahun.

“Jika dulu kita memberi beg sekolah dan wang tunai tetapi ianya telah ditukar dalam bentuk voucher agar matlamat sebenar bantuan ini tercapai.

“Para penerima boleh ke kedai-kedai yang tertera namanya di belakang vaucher bagi membeli kelengkapan persekolahan,” ujarnya kepada UMNO-Online selepas menyertai program penyampaian tersebut di Parlimen Batu malam tadi.

Justeru, beliau berharap agar para penerima menggunakan vaucher tersebut dengan betul agar anak-anak dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih gembira.