KUALA LUMPUR, 22 Jan – Pakatan pembangkang gagal menunaikan manifesto 2008 untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan perobohan tempat ibadat masyarakat India, kata Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivaraajh.

Beliau berkata semenjak pakatan mentadbir negeri Selangor, lebih 20 kuil telah dirobohkan.

Sehubungan itu, Pemuda MIC telah menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi memberi nasihat kepada persatuan kuil-kuil India di seluruh negara berhubung masalah mereka termasul soal perobohan, katanya kepada pemberita di ibu pejabat MIC, di sini hari ini.

“Kuil-kuil yang berusia lebih dari 80 ke 100 tahun, dan mengalami masalah, harus menghubungi MIC dengan serta merta, jangan tunggu lama, kami boleh membantu,” ujarnya.