KANGAR, 28 Feb – Tuduhan pembangkang bahawa kerajaan menjual negara kepada China tidak benar sama sekali, sebaliknya pelaburan negara tersebut menguatkan lagi hubungan
cliplomatik antara Malaysia-China yang terjalin sejak zaman pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata China seperti negara pelabur lain memilih Malaysia kerana yakin dengan masa depan ekonomi negara ini.

“Kenapa perkara ini (pelaburan China) tidak timbul ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir (Mohamad). Bagaimana kita dikata menjual negara sedangkan Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat juga merupakan pelabur utama di Malaysia.”

“Rakyat perlu melihat fakta yang dikeluarkan Jabatan Statistik dan Bank Negara Malaysia kerana fakta dan angka tidak pernah berbohong,” kata Azlan kepada pemberita semasa ditemui pada Jualan Sentuhan Rakyat di Pangkalan Asam di shi, had ini.

Program tersebut menawarkan pelbagai barfing keperluan asas pada harga diskaun dan mendapat sambutan hangat penduduk tempatan sejak dibuka pukul 8 pagi.

Azlan berkata tuduhan pembangkang itu tidak lebih daripada gimik politik untuk mengaburkan pandangan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.